Sunday 15 February 2015

Kobis Goreng Mamak


Kobis Goreng Mamak
Resepi Asal: Mamak Haji Roslan
Sumber : Kak Nor Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya: (anggaran makan untuk 10 – 14 tetamu)
1 biji kobis – anggaran 1 kg
1 sudu besar pes halia bawang putih
3 ulas bawang putih – dihiris halus
3 ulas bawang kecil – dihiris halus
3 tangkai daun kari – dilurut daunnya
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk lada putih
3-4 tangkai cili kering
2 biji cili hijau/merah - dihiris
Lobak merah - dihiris mancis
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Penyediaannya:
1. Bersihkan kobis dan potong empat bahagian,  buang empulur bahagian tengah. Buka sehelai ke sehelai dan bersihkan.  Kemudian dipotong halus (lebar 4 – 5mm).  cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis biji sawi hingga ia mula meletup, masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi ( 3 – 5 saat),  masukkan bawang kecil, cili kering dan daun kari. Bila bawang bertukar kekuningan, masukkan pes bawang putih halia (lakukan dengan cepat, sekiranya minyak terlalu panas, masukkan satu sudu lagi minyak baharu dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali).
3. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, dan serbuk kunyit. Goreng sehingga pecah minyak. masukkan sayur kobis. Kuatkan api dan goreng selama 3 minit. Sederhanakan api masukkan sedikit air dan tutup gorengan dengan tudung hingga kobis agak masak. 
4. Buka tudung, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan hirisan cili hijau atau merah dan hirisan lobak merah.  Angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar.
Kobis Goreng Mamak 

No comments:

Post a Comment

Home

Contact

Disclaimer