Tuesday 30 August 2016

Resepi Nasi Beriani Lazat!!


Bahan A:


  • 1 kg beras basmati - dibasuh bersih dan ditoskan (ita guna 5 cwn dan ita rendam sekejap)
  • 2 sudu makan rempah beriani - dibancuh dgn sedikit air
  • 4 biji tomato - dipotong dadu
  • 3 biji cili merah - dibelah 2
  • 3 biji cili hijau - dibelah 2
  • 1 tangkai daun pudina - dimayang kasar2
  • 1 tangkai daun ketumbar - dimayang kasar
  • 2 cawan air (ita letak 3 cwn air)
  • 1 cwn susu cair (ita guna 1 tin susu cair)
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 cwn kismis
  • 1/2 cwn gajus
  • garam secukup rasa
  • pewarna kuning dan oren


Bahan B:


  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inc halia - dihiris
  • rempah tumis (4 sekawan)
  • sedikit daun kari


Cara penyediaanya:


  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
  2. Tumiskan Bahan B sehingga garing dan harum.
  3. Masukkan rempah beriani yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata, masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
  5. Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, daun pudina kismis dan gajus. Biarkan mendidih sebentar.
  6. Rasakan masinnyer....
  7. Kemudian masukkan hasil tumisan ke dalam periuk nasi yang telah tersedia beras di dalamnya dan masak seperti biasa.
  8. Apabila nasi telah kering titiskan pewarna dan biarkan kering.
  9. Apabila nasi masak gemburkan nasi perlahan-lahan supaya nasi tidak patah-patah
  10. Selamat mencuba!!


Oleh : Azlita
Resepi Nasi Beriani Lazat!!

Resepi Nasi Beriani Lazat!!

No comments:

Post a Comment

Home

Contact

Disclaimer