Saturday 26 March 2016

Kek Lapis Cheese Kukus Simple






Salam, hai semua. semalam saya share satu resepi yang menggunakan cheese kan. Hari ini saya nak share lagi satu resepi ringkas yang menggunakan cheese iaitu , Resepi  Kek Lapis Cheese. Try taw, jgn tak try pulak, sedappp. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Ringkas Karipap Cheese

Bahan-bahan Resepi Ringkas Kek Lapis Cheese Kukus Simple

Bahan untuk lapisan kek coklet :
(a)

1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
 

Cara nya:
Masak kesemua bahan koko diatas api dan biar sejuk.

(b)
1 cawan tepung naik sendiri
brand nona
 
(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

Ok, Sekarang gabungkan bahan-bahan tadi mengikut urutan berikut:
1. Masukkan bahan (c) dlm bahan (a) dan kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan bahan (b) dan kacau sehingga adunan sebati.
.

Bahan-bahan untuk lapisan cheese :
 

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum
.

Caranya :
1. Pukul semua bahan kecuali telur sehingga kembang dan gebu.
2. Kemudian Masukan telur, dan kacau sehingga sebati.







Cara Cara Masak Resepi Ringkas Kek Lapis Cheese Kukus Simple

1. Apabila siap semua bahan, boleh di tuang kedalam acuan anda selang seli seperti membuat kuih lapis.
2. Kukus kek anda menggunakan periuk kukus.

* kukus dlm 10minit ( lebih kurang )

*acuan boleh guna macam-macam bentuk, bulat, segiempat, acuan lompang, acuan apam gebu dan macam-macam lagi mengikut kreativiti.

Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment

Home

Contact

Disclaimer