Thursday 29 October 2015

Kuih Keria Simple

Kuih Keria Simple

Sapa tak kenal kuih keria kan. Kuih ni memang femes, merata tempat ada kuih ini. Ianya sesuai dihidangan untuk sarapan pagi dan minum petang. akan tetapi sapa yang tahu cara nak buat kuih keria ni? Jangan risau. hari ini saya nak share satu resepi yang mudah dan simple. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Kuih Keria Simple

Bahan-bahan Kuih Keria Simple :

500gm ubi keledek
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk mrnggoreng

Cara-Cara Membuat Kuih Keria Simple :

Caranya:
· Kupas ubi keledek dan potong kecil..kemudian rebus hingga lembut.
· Lecek ubi keledek lumat, masukkan garam dan tepung.
· Gaul rata, dan bentukkan gegelang kecil.
· Goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana.

p/s : Jangan tambah tepung jika adunan lembik, cukup sekadar lumurkan tepung di tangan
sahaja..setiap kali nak membuat gegelang sapu tangan dengan tepung.

Bahan sire gula :
¾ cawan gula pasir
½ cawan air

Cara-caranya :
· Masukkan kedua bahan dalam kuali yang bersih.
· Tunggu hingga gula hancur dan pekat.
· Apabila kuah namapk bebuih pekat tutup api, masukkan kuih keria yang di goreng tadi dan gaul rata..
· Apabila gula sudah melekat boleh diangkat dan hidangkan.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment

Home

Contact

Disclaimer