Saturday, 6 September 2014

Resepi Adunan Asas Kek Keju / Cheese Cake Senang Simple

Salam ...

Resepi Adunan Asas Cheese Cake ni sesuai untuk baked atau chilled cheese cake atau cheese tart atau pun tiramisu. Sesuai untuk buat original cheese cake, oreo cheese cake, blueberry cheese cake dan semua jenis cheese cake la :)

 
Dua bahan utama yang BW selalu gunakan. Beli di Hypermarket je.

Bahan-Bahan Asas;

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt / Whipped Cream
- 1 Cawan Gula Kastor

Bahan Tambahan Untuk Baked Cheese Cake;

- 2 Biji telur Gred A
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla

Bahan Tambahan Untuk Chilled Cheese Cake;

- 1 Sudu Besar Gelatin
- 3 Sudu Besar Air Panas

Cara-Cara;

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga sebati seperti gambar dibawah.
2. Untuk baked cheese cake, campurkan telur, tepung jagung dan esen vanilla kedalam adunan.
3. Untuk chill cheese cake, bancuh gelatin bersama air panas sehingga cair, kemudian masukkan dalam adunan cheese dan pukul lagi hingga sebati.
4. Untuk chill cheese cake, simpan dalam fridge semalaman.
5. Untuk baked cheese cake, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit, atau kukus dengan api sederhana selama 30-45 minit.

Tips Tambahan;

1. Cream cheese boleh digantikan dengan yang jenis berbuku seperti Philadelphia ataupun yang jenis tube seperti Tatura.
2. Plain yogurt boleh digantikan dengan whipped cream ataupun susu.
3. Kurangkan gula kepada 3/4 cawan jika mahukan cake yang kurang manis.

Adunan asas cheese. Sapu pada roti pun sedap :)

 Nyum nyum. Original cheese cake yang dibakar.

>> Original Cheese Cake : Bahagian bawah, letakkan doh bread crumb (campuran biskut hancur dan butter cair). Tuang adunan cheese diatasnya. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Cheese choc all time favorites ;)~

>> Cheese Choc / Chocolate Cheese Cake : Bahagian Bahagian bawah, letakkan doh bread crumb (campuran biskut hancur dan butter cair). Bahagian tengah adunan cheese original. Bahagian atas adunan cheese ditambah serbuk koko. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Sedap dimakan bila dah disejukkan dalam fridge selama 4jam. Yummy~

>> Oreo Cheese Cake: Bahagian bawah, letakkan doh oreo (campuran oreo dan butter cair). Tuang adunan cheese yang dicampur oreo hancur diatasnya. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

>> Blueberry Cheese Cake: Bahagian bawah, letakkan doh bread crumb (campuran biskut hancur dan butter cair).Tuang adunan cheese yang dicampur blueberry filling diatasnya. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Marble Chocolate Cheese Cake. Yummy~ :)

>> Chocolate Chese Cake: Bahagian bawah, baked dulu kek coklat sampai masak. Tuang adunan cheese diatasnya. Masak lagi. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Nyum Nyum~ All time favorite, paling senang nak buat ;)

>> Tiramisu Cake: Hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja tanpa bahan tambahan seperti di atas. Cuma perlu layerkan adunan cheese dengan sponge finger / biskut / kek span. Kemudian chill / simpan dalam fridge semalamam. Resepi penuh, Klik Sini.

Nestum cheesekut, confirm anak-anak suka ;)~

>> Nestum Cheesekut : Sama seperti tiramisu cake. Layerkan adunan cheese bersama biskut dan nestum, then simpan dalam fridge sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman. Resepi penuh, Klik Sini.

>> Cheese Tart: Letakkan filling kesukaan kedalam tart shell, kemudian masukkan adunan baked cheese. Bakar seketika. Kemudian sejukkan dalam fridge. Resepi penuh, Klik Sini.


Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
2. Resepi Asas Bubur / Pengat Sagu
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

No comments:

Post a Comment

Home

Contact

Disclaimer