Selamat menyambut hari Malaysia dan juga cuti sekolah . Cuti panjang ni mesti ramai yang balik kampung atau pergi bercuti . Saya dan famili hanya bercuti di rumah sahaja sebab banyak juga kerja/projek yang nak dibuat . Setakat hari ni kami dah dapat siap kan projek nak cat bilik anak , bersihkan laman/garden saya dan insyallah sampai hujung minggu ni ada beberapa lagi projek jahitan yang saya nak siapkan . Hari ni saya share resepi yang simple tapi sedap , alhamdulillah . Senang nak masak lemak kepah ni dan boleh juga di ganti dengan kerang atau siput lala . Menu simple macam ni selalunya saya makan dengan nasi dan lauk ikan goreng atau ayam goreng , sambal belacan dan ikan masin .
BAHAN-BAHAN :
1 kg kepah - di bersihkan
4-5 cawan pati santan - kalau kurang boleh tambah
4-5 cawan pati santan - kalau kurang boleh tambah
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
7 - 10 biji cili api
7 - 10 biji cili api
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai saiz besar - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan bawang merah , kunyit hidup , cili api dan putih kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan kepah di tos dan ketepi kan dulu . Bersihkan kacang panjang dan di potong serong . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama ikan bilis, daun kunyit , serai dan garam . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .
2 . Masukkan semua kepah ke dalam periuk dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kepah masak , kacau sekali-sekala . Masukkan semua kacang panjang dan dikacau semua bahan , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.
Sumber: http://resipicitarasawan.blogspot.my/
Sumber: http://resipicitarasawan.blogspot.my/

No comments:
Post a Comment