Sunday, 9 March 2014

Resepi Doh Asas Roti, Pau & Donut Simple Senang

Salam ...

Kali ni nak update resepi asas doh. Mudah, tak perlu penimbang atau penyukat bagai. Resepi doh ni boleh buat roti bun, roti pizza, donut, pau, cakoi pun boleh.

tips membuat pau lembut dan gebu
Doh asas roti pau yang telah kembang. 

Bahan Asas;

- 1/2 Kg Tepung
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1 Sudu Besar Shortening
- 1 Cawan Air Sejuk
- Sedikit Garam.

Bahan Tambahan;

- 3 Sudu Besar Susu Tepung
- 1 Sudu Besar Gula

Tambahkan satu sudu teh bread softener atau bread improver bagi mendapatkan roti yang gebu gebas macam roti yang kita beli dikedai bakeri. Tapi kalau tak ada pun tak apa, kurang gebu jer lah roti kita nanti :) 

Cara- Cara;

1. Ambil secawan air dan bancuhkan bersama beberapa ketul ais dan ketepikan.
2. Masukkan tepung, garam, yis, susu tepung & gula kedalam bekas dan gaul rata.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
5. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
6. Biarkan doh mengembang menjadi 2X ganda, selama 30 minit, Klik Sini.
7. Bakar dalam oven untuk roti, Kukus untuk pau dan Goreng api sederhana perlahan untuk donut, roti puri & cakoi.

Tips Tambahan;

1. Kalau tak ada shortening, gantikan dengan minyak masak atau butter atau marjerin.
2. Masukkan bahan tambahan; gula & susu tepung jika membuat roti manis atau pau berinti manis, donut dan cakoi dengan sos manis.
3. Guna tepung berprotein tinggi untuk roti dan donut yang gebu. Untuk pau yang putih dan lembut guna tepung pau Blue Key. Untuk cakoi pula boleh  guna tepung gandum sahaja.
3. Tambahkan serbuk penaik kedalam doh cakoi dan donut (jika ada) bagi menjadikannya lebih kembang bila digoreng.

Klik Sini untuk resepi pau lembut dan gebu.

Klik Sini untuk resepi roti pizza home made.

 Klik Sini untuk resepi donut mudah.

Klik Sini untuk roti puri kembung.

Klik Sini untuk resepi mudah roti goreng.

Klik Sini untuk resepi roti bagel lembut sedap.

Klik Sini untuk mudah roti bun manis.

Klik Sini untuk cara kembangkan doh dalam masa 30 minit menggunakan periuk kukus. Manakala untuk kembangkan doh dalam masa 30 minit menggunakan oven pula Klik Sini.

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Bubur / Pengat Sagu
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

No comments:

Post a Comment

Home

Contact

Disclaimer