Biskut White Almond Cookies
Resipi : Chef Asma
Bahan A
90gm gula ising
140gm tepung jagung
280gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikabonat
Bahan B
200ml minyak jagung
Bahan C
100gm kepingan badam hiris (di panggang dan di ramas kasar)
30gm nestum (di ramas kasar)
Hiasan : Putih telur, kepingan badam hiris
Cara-cara
1. Ayak bahan A, masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan selama 15 minit, canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan di sukai.
3. Sapu putih telur dan hias dengan hirisan badam.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit.
*** jika adunan agak keras selepas di rehatkan, masukkan sedikit minyak jagung dan uli semula.
Sumber: http://resipicitarasawan.blogspot.my/

No comments:
Post a Comment